Friday 16 January 2015

Permulaan Baru

Assalamualaikum w.b.t

Macam mana semua pembaca ?

Sihat ?

Hari ni terdetik hati firdaus untuk menulis. Apa yang firdaus nak borak hari ni tentang permulaan baru firdaus.

Nak buat macam mana setiap apa yang diberi itu nikmat. Bila-bila masa sahaja nikmat itu boleh ditarik. Jadi firdaus redha apa yang ditarik itu untuk kebaikan firdaus.

"Allah takkan uji hambanya jika hambanya tidak mampu, setiap ujian yang diberi itu adalah mengikut kemampuan hambanya".

Alhamdulillah, walaupun hari ni kesihatan tak berapa nak mengizinkan firdaus tetap ingin berterus terang pada pembaca.

Firdaus pun sebenarnya berhasrat untuk berubah (entah kali ke berapa nak berubah pun tak tahu). Sejak satu peristiwa yang berlaku baru-baru ini. Firdaus mendapati ada hikmahnya kenapa ianya berlaku. Jadi kali ni harap dengan izin Allah s.w.t , firdaus ingin perubahan itu berterusan.

Apapun terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan selama ini untuk firdaus terus maju, firdaus tak mampu nak balas budi korang. Harap korang terus berjaya dalam hidup

Akhir kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya :)

Semoga hidup anda terus diredhai olehnya.

Assalamualaikum :)

Wednesday 31 December 2014

Selamat Tinggal.

Assalamualaikum,

Dah berbulan hilang dari blog, akhirnya firdaus kembali. hmm

tak tahu nak mula cerita macam mana hari ni.

tengok tajuk pun dah tahu cerita macam mana nak di bawa hari

Pertama sekali, nak cerita benda tak logik yang berlaku, firdaus boleh terpadam semua penulisan firdaus yang lepas. tersilap tekan punya pasal.

Kedua, nak ucap selamat tinggal dekat 2014 yang hanya tinggal berapa minit sahaja lagi untuk melabuhkan tirainya. sepanjang tahun ni pelbagai peristiwa berlaku. gembira dan gelak tawa hadir seketika kerana mereka ingin menjemput kesedihan dan kedukaan tiba bersama. Apa yang boleh dikatakan pada penulisan kali ini. tahun ni bukan tahun yang terbaik untuk firdaus meneruskan segala agenda-agenda yang terperam sejak bertahun lamanya (mcm lah lama sangat).

Apapun macam biasalah nak ucap terima kasih kepada mereka semua yang hadir dalam hidup firdaus, ada yang hadir sebagai membawa kegembiraan dan ada juga yang hadir membawa kesedihan. Dan paling penting nak ucapa beribu terima kasih kepada semua cikgu yang pernah mengajar firdaus dan hari ni firdaus akan menjadi hari terakhir pelajar sekolah, jasa cikgu-cikgu semua firdaus tak mampu nak balas hehehe .. apapun doakan yang terbaik lagi untuk firdaus :)

Kalau nak cerita tentang tahun 2015, satu je firdaus nak dari tahun baru ni, firdaus harap tahun yang mendatang ni firdaus dapat  selesaikan segala masalah yang firdaus tak selesaikan pada 2014 dan menjadi manusia yang berguna.

sebut tentang bidang aku ceburi,

Lepas ni mungkin lebih kerap menulis sebab banyak sangat cerita tersimpan. apapun firdaus harap korang semua dapa teruskan hidup dengan maju jaya juga.

tentang photography mungkin tengah fikir lagi nak berhenti ke atau teruskan sebab macam dah lebih minat kepada menulis.

jadi kesimpulannya, harap tahun firdaus yang baru dapat ubah segalanya.

firdaus pun tak nak membebel panjang-panjang sebab mood dah hilang hanya disebabkan ada budak mana entah yang tak reti nak kata sendiri yang dia taknak kawan dengan firdaus jadi firdaus harap dia sedar yang selama ni dia hanya kenal ilusi firdaus je sebab itu bukan firdaus yang betul./

Ok akhir kata, selamat tahun baru 2015 dan selamat maju jaya

Dan nak tambah lagi satu, hari ni hari perbicaraan kes arwah yasmin dan dengar cerita pemandu van didapati bersalah atas kemalangan yang berlaku. apapun alhamdulillah semuanya sudah selasai, harap arwah yasmin tenang di sana dan ditempatkan di golongan orang yang beriman .. amin

SELAMAT TINGGAL 2014, Tahun yang mengajar aku erti segalanya ... :)


Assalamualaikum