Friday, 16 January 2015

Permulaan Baru

Assalamualaikum w.b.t

Macam mana semua pembaca ?

Sihat ?

Hari ni terdetik hati firdaus untuk menulis. Apa yang firdaus nak borak hari ni tentang permulaan baru firdaus.

Nak buat macam mana setiap apa yang diberi itu nikmat. Bila-bila masa sahaja nikmat itu boleh ditarik. Jadi firdaus redha apa yang ditarik itu untuk kebaikan firdaus.

"Allah takkan uji hambanya jika hambanya tidak mampu, setiap ujian yang diberi itu adalah mengikut kemampuan hambanya".

Alhamdulillah, walaupun hari ni kesihatan tak berapa nak mengizinkan firdaus tetap ingin berterus terang pada pembaca.

Firdaus pun sebenarnya berhasrat untuk berubah (entah kali ke berapa nak berubah pun tak tahu). Sejak satu peristiwa yang berlaku baru-baru ini. Firdaus mendapati ada hikmahnya kenapa ianya berlaku. Jadi kali ni harap dengan izin Allah s.w.t , firdaus ingin perubahan itu berterusan.

Apapun terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan selama ini untuk firdaus terus maju, firdaus tak mampu nak balas budi korang. Harap korang terus berjaya dalam hidup

Akhir kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya :)

Semoga hidup anda terus diredhai olehnya.

Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment